Thursday, 7 January 2016

Petua Orang Lama Bagi Merawat Keguguran Rambut



Sedari kecil kita telah diajar dengan pelbagai petua di dalam menjalani kehidupan seharian.Di antaranya termasuklah petua untuk mengatasi masalah keguguran rambut.Mudahnya waktu itu, semua bahan ada di sekeliling rumah.Petik saja dan gunakan mengikut kaedah yang diajar.

Oleh itu, di sini ingin kami kongsikan beberapa petua yang masih relevan sehingga ke hari ini.

7 petua mudah merawat masalah keguguran rambut:

1.    Perahan Air Limau Nipis
a.    Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Siapa sangka perahan air limau nipis ini sememangnya dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut akibat minyak berlebihan di bahagian kepala. Mudah bukan?

2.    Buah Limau Nipis
a.    Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

3.    Santan Kelapa
a.    Santan kelapa berfungsi untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk tempoh ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan. Anda pasti gembira dengan hasilnya!

4.    Kulit Tembikai
a.    Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah cuci rambut anda dengan sebersih-bersihnya. Boleh juga dibiarkan semalaman dengan menggunakan “shower cap”. Jangan lupa untuk balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

5.    Bawang Merah
a.    Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu. Namun begitu, sila berhati-hati agar ia tidak terkena mata.

6.    Kacang Hijau
a.    Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Sebaiknya, elakkan mengikat rambut dengan getah. Petua ini biasa diamalkan oleh kaum India. Sering kita lihat, rambut mereka hitam, lebat dan sihat berkilat. Geram bukan? Jangan tak cuba ya!

7.    Minyak Zaitun, Telur dan Madu Lebah
a.    Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun. Lumurkan bahan-bahan tersebut keseluruh bahagian rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap”, biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.


Itulah dia 7 petua ringkas dan mudah untuk digunakan seharian. Mahkota kesayangan kita  harus dijaga sedari awal. Kalau dah botak nanti, makin tinggi kosnya pula.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mengatasi masalah anda.Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat Pakar Rambut seandainya masalah masih berpanjangan.

Untuk mendapatkan Rawatan Rambut secara alami menggunakan Habbatus Sauda, boleh hubungi kami disini---->> https://www.facebook.com/advancehairtonictissa/  atau boleh sms/whatsapp ke +6011 - 2127 0835 untuk dapatkan penjimatan sehingga RM50 untuk Set Rawatan Rambut Gugur, Rambut Nipis dan Botak yang di tawarkan. Anda Jimat, Rambut Sihat!

Kongsikan entri ini semogaia dapat memberikan manfaat kepada semua. Terima kasih.

#rambutlebat #rambutgugur #petuarambutlebat #petuarambutgugur #petuamengelakkanrambutgugur #botak #botaktengah #botakketurunan #petuabotakketurunan #rambutnipis #rambutnipislelaki #rambutjarang #rambutnipisdanjarang #hairtonik #hairtonic



1 comment:

  1. The best casino games | DrMCD
    Top Casino Games 영주 출장샵 | DrMCD's top video slots · Golden Nugget: Emerald Queen · 순천 출장마사지 Ignition: Black Diamond · The Dog House: 군산 출장마사지 The Dead of 경주 출장마사지 the 삼척 출장안마 Gods · Luckyland: The

    ReplyDelete