Thursday, 7 January 2016

Pentingnya Daun Lidah Buaya Dan Daun Bunga Raya Untuk Rambut Anda


Negara Malaysia sangat kaya dengan pokok bunga raya.Sementelah, bunga raya turut diangkat sebagai bunga rasmi kebanggaan negara.

Pokok bunga raya sangat mudah didapati baik di bandar mahupun di desa.Pohonnya yang rimbun dan mudah berbunga lebat sepanjang tahun tumbuh subur tanpa perlukan penjagaan khusus.

Menurut petua orang tua-tua, bunga raya ini banyak kegunaannya. Selain dijadikan rawatan awal untuk demam panas, ia juga sangat bagus digunakan untuk mengatasi masalah keguguran rambut.

Daun bunga raya ini sebaiknya dicampur dengan daun lidah buaya bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.Mari kita lihat bagaimana caranya memanfaatkan daun bunga raya untuk masalah keguguran rambut.

Cara 1: campuran daun bunga raya dan daun lidah buaya

·         Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.
·         Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu.
·         Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.


Cara 2: campuran lendir lidah buaya, lendir bunga raya dan lendir pokok litup bumi

·         Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi.
·         Masukkan kesemua lendir daripada daun-daun tersebut dan dimasukkan ke dalam satu bekas.Kemudian campur sedikit minyak zaitun.

·         Sapulah ke seluruh bahagian rambut setiap kali selepas mandi dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi keesokan harinya barulah dicuci.
·         Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


Bagaimana?Mudah bukan?

Sememangnya bahan alami dan semulajadi sangat bagus digunakan untuk menjaga kesihatan rambut anda.Bukan saja mengatasi masalah rambut gugur, malah dapat mengelakkan rambut cepat beruban.


Namun begitu, anda juga boleh menggunakan bahan alami yang terdiri daripada habbatus sauda, minyak kelapa dara dan ginseng yang terdapat di dalam set Rawatan Rambut Gugur, Nipis dan Botak di  https://www.facebook.com/advancehairtonictissa/

Hubungi+6011 - 2127 0835 dan dapatkan khidmat nasihat yang lebih berkesan.
Oh ya! Jangan lupa untuk mendapatkan penjimatan sehingga RM50 dengan Set Rawatan Rambut Gugur, Rambut Nipis, Botak tengah dan boak keturunan khas untuk pembaca blog ini. Anda Jimat, Rambut Sihat!

#rambutlebat #rambutgugur #petuarambutlebat #petuarambutgugur #petuamengelakkanrambutgugur #botak #botaktengah #botakketurunan #petuabotakketurunan #rambutnipis #rambutnipislelaki #rambutjarang #rambutnipisdanjarang #hairtonik #hairtonic

No comments:

Post a Comment