Ramai
wanita selepas bersalin mengalami masalah keguguran rambut.Perkara ini mungkin bukanlah
sesuatu yang serius tetapi ada juga yang hampir mengalami kebotakan dek kerana
keguguran rambut yang terlampau banyak.
Hal ini
terjadi kerana perubahan hormon yang berlaku semasa mengandung. Selain itu ia
juga disebabkan kekurangan zat dan vitamin yang diperlukan oleh rambut
berikutan pelbagai faktor sampingan lain.
Untuk
mengelakkan daripada rambut terus gugur, mari kita cuba beberapa petua yang
boleh diamalkan. Setiap bahan ini amat mudah diperolehi dari dapur rumah kita.
5 petua mudah merawat rambut gugur:
1. Habbatus sauda
Habbatus sauda mempunyai kandungankadar zink yang tinggi.Ia mempunyai
manfaat di dalam merawat kulit kepala serta menutrisikan kembali akar rambut.
Caranya cukup mudah.Sapukan sedikit minyak habbatus sauda ke kulit
kepala.Urut perlahan di sekitar kulit kepala selama beberapa minit dan biarkan
selama 1 jam.Kemudian, bilas rambut dengan air.
2. Limau nipis dan putih telur
Perahkan tiga biji limau nipis.Campurkan ke dalam 2 biji putih
telur dan kacau sehingga sebati.Kemudian ratakan di seluruh kulit kepala dan
bahagian rambut.
Biarkan selama 2 jam.Selepas itu, cucilah sehingga bersih.Pastikan
hilang semua sisa-sisa campuran tadi.
3. Halba
Rendam segenggam halba selama 2 hingga 3 jam bersama-sama beberapa
biji buah sintok. Rebuskan campuran tadi sehingga air rebusan bertukar warna
menjadi warna perang pekat.
Ramaskan ramuan sehingga hancur selepas dibiarkan sejuk.Lumurkan
ramuan yang telah hancur tadi ke seluruh rambut.Biarkan selama beberapa
minit.Kemudian bilaskan dengan air bersih.Seeloknya amalkan seminggu sekali.
4. Daun serai
Rupa-rupanya banyak kepentingan serai ini selain digunakan untuk
memasak. Daun serai ini juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk
merawat rambut gugur.
Caranya mudah sahaja.Tumbuk lumat segenggam daun serai.Kemudian,
rebus daun serai yang telah lumat bersama air sehingga warna air rebusan
menjadi kekuningan.
Air rebusan dibiarkan sejuk.Usap air rebusan tersebut secara
perlahan-lahan ke seluruh bahagian kepala dan rambut.Amalkan selama 2 minggu
bagi melihat kesannya.
5. Santan kelapa
Sediakan santan daripada sebiji kelapa.Perah santan sekali sahaja
dengan air suam. Basahkan rambut dahulu kemudian lumurkan pati santan pada
rambut sehingga meresap ke akar rambut.
Selepas itu, perapkan rambut menggunakan tuala kering selama 30
minit.Bilas rambut dengan air suam dan dibiarkan kering.Untuk melihat kesannya,
elok diamalkan 2 hingga 3 kali seminggu.
Selamat mencuba!
Semoga 5 petua yang dikongsikan ini
memberikan manfaat dengan sebaiknya.
Tetapi
jika ibu-ibu sangat sibuk dan tidak sempat untuk mencuba petua-petua ini, usah gusar kerana ada jalan penyelesaian yang mudah.
Gunakanlah Tissa Hair Tonic yang mengandungi Habbatus Sauda dan minyak kelapa dara sebagai
bahan semula jadi didalamnya.Ia senang digunakan dengan hanya 1 semburan.
Insya’Allah
pastinya dapat meredakan masalah yang dialami dalam tempoh 2 minggu sahaja. Bukan
itu sahaja, malah pertumbuhan rambut baru turut meningkat dan melebatkan rambut
sedia ada.
Disamping
itu, ibu-ibu juga akan merasai rambut yang lembut bak sutera dan sentiasa
berbau wangi. Barulah terasa nyaman dan
selesa. Seronok kan?
Setiap
masalah pasti ada penyelesaiannya.
Sila ke https://www.facebook.com/advancehairtonictissa/ atau Hubungi +6011 - 2127 0835 untuk mendapatkan penjimatan sebanyak RM50 dengan set Rawatan Rambut
Gugur bersempena ulang tahun TiSSA Hair Tonic.
Kongsikan entri
ini semoga ia dapat memberikan manfaat kepada semua. Terima kasih.
#rambutlebat #rambutgugur #petuarambutlebat #petuarambutgugur #petuamengelakkanrambutgugur #botak #botaktengah #botakketurunan #petuabotakketurunan #rambutnipis #rambutnipislelaki #rambutjarang #rambutnipisdanjarang #hairtonik #hairtonic
#rambutlebat #rambutgugur #petuarambutlebat #petuarambutgugur #petuamengelakkanrambutgugur #botak #botaktengah #botakketurunan #petuabotakketurunan #rambutnipis #rambutnipislelaki #rambutjarang #rambutnipisdanjarang #hairtonik #hairtonic
No comments:
Post a Comment