Thursday, 7 January 2016

Pentingnya Habbatus Sauda Dalam Rejim Penjagaan Rambut Anda



Tahukah anda? Habbatus Sauda merupakan amalan pemakanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Ia sangat banyak diriwayatkan di dalam hadis akan khasiat dan kebaikannya.
Sabda Rasulullah s.a.w.mengenai kelebihan habbatus sauda:
“Hendaklah kami memakan habbatus sauda (jintan hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan as-Saam (mati)” (Riwayat at-Tirmizi)

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet (Tibbun-Nabawi) turut menyatakan habbatus sauda berupaya memulihkan pelbagai penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut serta membantu mengatasi masalah keguguran rambut.


Anda ada salah satu daripada masalah berikut?

1.    Rambut Gugur
o   Masalah rambut gugur merupakan satu perkara besar yang sangat ditakuti oleh kita. Bukan sahaja anak muda, malah golongan pertengahan umur tidak terkecuali. Ia memberikan petanda samada tubuh badan berada di dalam keadaan yang sihat mahupun sebaliknya

2.    Rambut Jarang
o   Rambut jarang memberikan penampilan yang kurang kemas. Kegusaran menjadi kuat sekiranya ia semakin hari semakin menipis sedangkan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan.

3.    Botak Tengah
o   Botak tengah merupakan masalah yang sering dihadapi oleh orang lelaki. Andai dibiarkan saja, maka diusia muda sudah tidak memiliki rambut yang sempurna. Anda pasti tampak tua sebelum usia.

4.    Botak Keturunan
o   Perhatikan salah silah dan keturunan anda. Andai ada keluarga yang dilihat memiliki masalah rambut, maka anda berkemungkinan besar bakal menerima nasib yang sama. Namun begitu, apakah kita hanya mampu berserah pada nasib?

Habbatus sauda merupakan jawapan kepada masalah berkenaan rambut anda.Ia bukan sahaja rawatan secara semulajadi, malah dapat melindungi daripada kerosakan akibat bahan kimia berbahaya.

Dengan keadaan zaman sekarang yang mempunyai terlalu banyak produk berasaskan bahan kimia, kita sepatutnya berasa risau dan perlu bertindak memilih bahan semulajadi yang dikenali dan difahami kebaikannya untuk tubuh seperti di dalam Set Rawatan Rambut Tissa Hair Tonic di https://www.facebook.com/advancehairtonictissa/ 

Usah biarkan masalah penyakit moden seperti keguguran rambut ini tanpa rawatan khusus.
Kebaikan habbatus sauda sememangnya diakui oleh pakar rambut seluruh dunia.

Dr Stanley Kopok dari University of Arizona USA turut menyatakan bahawa habbatus sauda memainkan peranan yang penting bagi mencegah botak & uban. Penggunaannya dalam waktu yang lama sebenarnya membantu memperkuat sistem immunisasi tubuh selain mempercepat pembaharuan sel.

Oleh itu.usah biarkan penyakit botak menghantui hidup anda. Meskipun keguguran rambut tampak satu perkara biasa, tetapi ia bakal menjadi luar biasa andai anda mengabaikannya.

Hubungi +6011 - 2127 0835 dan dapatkan khidmat nasihat yang lebih berkesan dari pakar rambut kami.

Oh ya! Jangan lupa untuk mendapatkan penjimatan sehingga RM50 dengan set rawatan masalah rambut gugur, botak tengah, rambut nipis yang ditawarkan sempena ulang tahun kami. Penghantaran PosLaju juga percuma ke seluruh Malaysia! Anda Jimat, Rambut Sihat!

#rambutlebat #rambutgugur #petuarambutlebat #petuarambutgugur #petuamengelakkanrambutgugur #botak #botaktengah #botakketurunan #petuabotakketurunan #rambutnipis #rambutnipislelaki #rambutjarang #rambutnipisdanjarang #hairtonik #hairtonic

Jangan Tunggu Botak Baru Nak Berubat.


Keguguran rambut merupakan masalah utama kaum wanita dan lelaki. Bagi wanita yang bertudung, keguguran rambut tidak dapat dilihat tetapi bagi lelaki, ia merupakan satu perkara yang sangat mudah disedari berdasarkan penampilan luaran mereka.
Berkurangnya rambut menyebabkan timbulnya rasa rendah diri serta hilang keyakinan diri.


“Pertumbuhan normal rambut mempunyai kitarannya yang tersendiri.Setiap kitaran haruslah menghasilkan rambut sebagai produk akhir. Sebarang gangguan terhadap kitaran yang sihat pastinya akan mengakibatkan kehilangan rambut yang ketara”. Menurut Wendy Roberts, Dermatologist di Rancho Mirage, California.

Tahukah anda?
4 perkara penting yang mengganggu pertumbuhan rambut:
1.    Pengambilan ubat-ubatan tertentu
a.    Kebiasaannya pesakit yang mengambil ubat-ubatan berkaitan hormon akan mengalami masalah ini. Di antaranya termasuklah pesakit yang menjalani rawatan kimoterapi.

2.    Penyakit
a.    Di antara penyakit yang boleh merosakkan bahagian kepala dan rambut terutamanya berkaitan penyakit kulit seperti sklerosis, kurap dan kudis.

3.    Infeksi/jangkitan kuman
a.    Jangkitan kuman mudah berlaku terhadap mereka yang mempunyai tahap imunisasi tubuh yang lemah. Jangkitan kuman ini mengakibatkan anak rambut tidak mampu tumbuh pada fasa yang diperlukan.

4.    Pendedahan kepada bahan kimia
a.    Mereka yang sering menggunakan bahan pewarna rambut serta melakukan aktiviti melurus atau mengerinting rambut mudah terdedah kepada penggunaan pelbagai bahan kimia.

Meskipun sering kita lihat kehilangan rambut sangat ketara di kalangan lelaki, namun begitu, wanita juga mengalami masalah yang sama. Kebiasaannya kita dapati wanita akan mulai kehilangan rambut mereka ketika umur mencecah 50 an.

Namun begitu, atas faktor-faktor yang disebutkan di atas, terdapat ramai golongan muda turut menghadapi masalah yang sama. Seawal usia belasan tahun sudah mengalami keguguran rambut yang teruk serta rambut semakin menipis.

Jadi, takkan hendak dibiarkan sahaja ia mengganggu penampilan anda?
Jangan biarkan botak baru nak berubat!



Apa yang anda perlu lakukakn adalahdenganmemastikan tubuh mendapat bekalan nutrisi lengkap secara dalaman bagi memastikan kesihatan diri terjaga. Manakala untuk penjagaan luaran hendaklah mengamalkan penggunaan bahan alami yang terdiri daripada habbatus sauda, minyak kelapa dara dan ginseng yang terdapat di dalam set Rawatan Rambut Gugur & Botak keturunan ini di https://www.facebook.com/advancehairtonictissa/ 

Anda boleh juga hubungi kami di talian +6011 3536 3237 dan dapatkan khidmat nasihat yang lebih berkesan.



Oh ya! Jangan lupa untuk mendapatkan penjimatan sehingga RM50 dengan Set Rawatan Rambut Gugur, Rambut Nipis, Botak Tengah dan rambut uban yang di tawarkan. Penghantaran PosLaju juga percuma. Anda Jimat, Rambut Sihat! 

#rambutlebat #rambutgugur #petuarambutlebat #petuarambutgugur #petuamengelakkanrambutgugur #botak #botaktengah #botakketurunan #petuabotakketurunan #rambutnipis #rambutnipislelaki #rambutjarang #rambutnipisdanjarang #hairtonik #hairtonic

Pentingnya Daun Lidah Buaya Dan Daun Bunga Raya Untuk Rambut Anda


Negara Malaysia sangat kaya dengan pokok bunga raya.Sementelah, bunga raya turut diangkat sebagai bunga rasmi kebanggaan negara.

Pokok bunga raya sangat mudah didapati baik di bandar mahupun di desa.Pohonnya yang rimbun dan mudah berbunga lebat sepanjang tahun tumbuh subur tanpa perlukan penjagaan khusus.

Menurut petua orang tua-tua, bunga raya ini banyak kegunaannya. Selain dijadikan rawatan awal untuk demam panas, ia juga sangat bagus digunakan untuk mengatasi masalah keguguran rambut.

Daun bunga raya ini sebaiknya dicampur dengan daun lidah buaya bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.Mari kita lihat bagaimana caranya memanfaatkan daun bunga raya untuk masalah keguguran rambut.

Cara 1: campuran daun bunga raya dan daun lidah buaya

·         Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.
·         Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu.
·         Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.


Cara 2: campuran lendir lidah buaya, lendir bunga raya dan lendir pokok litup bumi

·         Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi.
·         Masukkan kesemua lendir daripada daun-daun tersebut dan dimasukkan ke dalam satu bekas.Kemudian campur sedikit minyak zaitun.

·         Sapulah ke seluruh bahagian rambut setiap kali selepas mandi dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi keesokan harinya barulah dicuci.
·         Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


Bagaimana?Mudah bukan?

Sememangnya bahan alami dan semulajadi sangat bagus digunakan untuk menjaga kesihatan rambut anda.Bukan saja mengatasi masalah rambut gugur, malah dapat mengelakkan rambut cepat beruban.


Namun begitu, anda juga boleh menggunakan bahan alami yang terdiri daripada habbatus sauda, minyak kelapa dara dan ginseng yang terdapat di dalam set Rawatan Rambut Gugur, Nipis dan Botak di  https://www.facebook.com/advancehairtonictissa/

Hubungi+6011 - 2127 0835 dan dapatkan khidmat nasihat yang lebih berkesan.
Oh ya! Jangan lupa untuk mendapatkan penjimatan sehingga RM50 dengan Set Rawatan Rambut Gugur, Rambut Nipis, Botak tengah dan boak keturunan khas untuk pembaca blog ini. Anda Jimat, Rambut Sihat!

#rambutlebat #rambutgugur #petuarambutlebat #petuarambutgugur #petuamengelakkanrambutgugur #botak #botaktengah #botakketurunan #petuabotakketurunan #rambutnipis #rambutnipislelaki #rambutjarang #rambutnipisdanjarang #hairtonik #hairtonic

Petua Orang Lama Bagi Merawat Keguguran Rambut



Sedari kecil kita telah diajar dengan pelbagai petua di dalam menjalani kehidupan seharian.Di antaranya termasuklah petua untuk mengatasi masalah keguguran rambut.Mudahnya waktu itu, semua bahan ada di sekeliling rumah.Petik saja dan gunakan mengikut kaedah yang diajar.

Oleh itu, di sini ingin kami kongsikan beberapa petua yang masih relevan sehingga ke hari ini.

7 petua mudah merawat masalah keguguran rambut:

1.    Perahan Air Limau Nipis
a.    Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Siapa sangka perahan air limau nipis ini sememangnya dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut akibat minyak berlebihan di bahagian kepala. Mudah bukan?

2.    Buah Limau Nipis
a.    Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

3.    Santan Kelapa
a.    Santan kelapa berfungsi untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk tempoh ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan. Anda pasti gembira dengan hasilnya!

4.    Kulit Tembikai
a.    Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah cuci rambut anda dengan sebersih-bersihnya. Boleh juga dibiarkan semalaman dengan menggunakan “shower cap”. Jangan lupa untuk balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

5.    Bawang Merah
a.    Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu. Namun begitu, sila berhati-hati agar ia tidak terkena mata.

6.    Kacang Hijau
a.    Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Sebaiknya, elakkan mengikat rambut dengan getah. Petua ini biasa diamalkan oleh kaum India. Sering kita lihat, rambut mereka hitam, lebat dan sihat berkilat. Geram bukan? Jangan tak cuba ya!

7.    Minyak Zaitun, Telur dan Madu Lebah
a.    Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun. Lumurkan bahan-bahan tersebut keseluruh bahagian rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap”, biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.


Itulah dia 7 petua ringkas dan mudah untuk digunakan seharian. Mahkota kesayangan kita  harus dijaga sedari awal. Kalau dah botak nanti, makin tinggi kosnya pula.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mengatasi masalah anda.Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat Pakar Rambut seandainya masalah masih berpanjangan.

Untuk mendapatkan Rawatan Rambut secara alami menggunakan Habbatus Sauda, boleh hubungi kami disini---->> https://www.facebook.com/advancehairtonictissa/  atau boleh sms/whatsapp ke +6011 - 2127 0835 untuk dapatkan penjimatan sehingga RM50 untuk Set Rawatan Rambut Gugur, Rambut Nipis dan Botak yang di tawarkan. Anda Jimat, Rambut Sihat!

Kongsikan entri ini semogaia dapat memberikan manfaat kepada semua. Terima kasih.

#rambutlebat #rambutgugur #petuarambutlebat #petuarambutgugur #petuamengelakkanrambutgugur #botak #botaktengah #botakketurunan #petuabotakketurunan #rambutnipis #rambutnipislelaki #rambutjarang #rambutnipisdanjarang #hairtonik #hairtonic



5 Tips Merawat Rambut Gugur Bagi Ibu-Ibu Selepas Bersalin


Ramai wanita selepas bersalin mengalami masalah keguguran rambut.Perkara ini mungkin bukanlah sesuatu yang serius tetapi ada juga yang hampir mengalami kebotakan dek kerana keguguran rambut yang terlampau banyak.



Hal ini terjadi kerana perubahan hormon yang berlaku semasa mengandung. Selain itu ia juga disebabkan kekurangan zat dan vitamin yang diperlukan oleh rambut berikutan pelbagai faktor sampingan lain.

Untuk mengelakkan daripada rambut terus gugur, mari kita cuba beberapa petua yang boleh diamalkan. Setiap bahan ini amat mudah diperolehi dari dapur rumah kita.


5 petua mudah merawat rambut gugur:

1.    Habbatus sauda

Habbatus sauda mempunyai kandungankadar zink yang tinggi.Ia mempunyai manfaat di dalam merawat kulit kepala serta menutrisikan kembali akar rambut.

Caranya cukup mudah.Sapukan sedikit minyak habbatus sauda ke kulit kepala.Urut perlahan di sekitar kulit kepala selama beberapa minit dan biarkan selama 1 jam.Kemudian, bilas rambut dengan air.


2.   Limau nipis dan putih telur

Perahkan tiga biji limau nipis.Campurkan ke dalam 2 biji putih telur dan kacau sehingga sebati.Kemudian ratakan di seluruh kulit kepala dan bahagian rambut.

Biarkan selama 2 jam.Selepas itu, cucilah sehingga bersih.Pastikan hilang semua sisa-sisa campuran tadi.


3.    Halba

Rendam segenggam halba selama 2 hingga 3 jam bersama-sama beberapa biji buah sintok. Rebuskan campuran tadi sehingga air rebusan bertukar warna menjadi warna perang pekat.

Ramaskan ramuan sehingga hancur selepas dibiarkan sejuk.Lumurkan ramuan yang telah hancur tadi ke seluruh rambut.Biarkan selama beberapa minit.Kemudian bilaskan dengan air bersih.Seeloknya amalkan seminggu sekali.



4.    Daun serai

Rupa-rupanya banyak kepentingan serai ini selain digunakan untuk memasak. Daun serai ini juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk merawat rambut gugur. 

Caranya mudah sahaja.Tumbuk lumat segenggam daun serai.Kemudian, rebus daun serai yang telah lumat bersama air sehingga warna air rebusan menjadi kekuningan.

Air rebusan dibiarkan sejuk.Usap air rebusan tersebut secara perlahan-lahan ke seluruh bahagian kepala dan rambut.Amalkan selama 2 minggu bagi melihat kesannya.


5.    Santan kelapa

Sediakan santan daripada sebiji kelapa.Perah santan sekali sahaja dengan air suam. Basahkan rambut dahulu kemudian lumurkan pati santan pada rambut sehingga meresap ke akar rambut.

Selepas itu, perapkan rambut menggunakan tuala kering selama 30 minit.Bilas rambut dengan air suam dan dibiarkan kering.Untuk melihat kesannya, elok diamalkan 2 hingga 3 kali seminggu.



Selamat mencuba!

Semoga 5 petua yang dikongsikan ini memberikan manfaat dengan sebaiknya.

Tetapi jika ibu-ibu sangat sibuk dan tidak sempat untuk mencuba petua-petua ini, usah  gusar kerana ada jalan penyelesaian yang mudah. Gunakanlah Tissa Hair Tonic yang mengandungi Habbatus Sauda dan minyak kelapa dara sebagai bahan semula jadi didalamnya.Ia senang digunakan dengan hanya 1 semburan.

Insya’Allah pastinya dapat meredakan masalah yang dialami dalam tempoh 2 minggu sahaja. Bukan itu sahaja, malah pertumbuhan rambut baru turut meningkat dan melebatkan rambut sedia ada.

Disamping itu, ibu-ibu juga akan merasai rambut yang lembut bak sutera dan sentiasa berbau  wangi. Barulah terasa nyaman dan selesa. Seronok kan?

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Sila ke https://www.facebook.com/advancehairtonictissa/ atau Hubungi +6011 - 2127 0835 untuk mendapatkan penjimatan sebanyak RM50 dengan set Rawatan Rambut Gugur bersempena ulang tahun TiSSA Hair Tonic.

Kongsikan entri ini semoga ia dapat memberikan manfaat kepada semua. Terima kasih.

#rambutlebat #rambutgugur #petuarambutlebat #petuarambutgugur #petuamengelakkanrambutgugur #botak #botaktengah #botakketurunan #petuabotakketurunan #rambutnipis #rambutnipislelaki #rambutjarang #rambutnipisdanjarang #hairtonik #hairtonic